Save Gaza!




Assalamualaikum. Hm... cuba kita lihat, cuba kita fikir... sejenak, bagaimana keadaan anak kecil di bumi Palestin. Kesakitan yang mereka rasakan. Betapa perih...nya seksaan yang dilakukan oleh yahudi laknatullah. Subhanallah, tak dapat nana bayangkan betapa sakitnya mereka. Betapa sedihnya mereka kerana kehilangan ahli keluarga tercinta. Cuba kita bayangkan perkara sebegini berlaku terhadap kita. Apakah kita masih lagi ego dengan kekayaan yang kita ada? Adakah kita masih lagi tidak sedar bahawa kita akan kehilangan nyawa. Malah, kita masih lagi mampu untuk bergaduh sesama Islam. Sesama sendiri demi kepentingan politik. Tetapi, berbeza sama sekali kita dengan mereka. Mereka sanggup mempertahankan Islam. Berjihad ke jalan Allah. Adakah kita hanya mampu melihat? Tentu sekali tidak bukan? Jadi, berdoalah kepada Allah, mintalah, pohonlah perlindungan daripada-Nya agar mereka terus selamat, dan mampu untuk mempertahankan Islam di sana. Kerana, doa adalah senjata bagi umat Islam. InsyaAllah, Allah akan memperkenankan doa orang yang teraniaya. Luangkanlah sedikit waktu untuk mendirikan solat sunat hajat untuk mereka. Berdoalah kepada Allah agar Islam tetap kukuh dan teguh! Assalamualaikum..